Google telah melakukan perubahan pada polisi, diimana bermula 1 Jun 2021, mereka tidak lagi akan menawarkan storan percuma tanpa had untuk Google Photos.
Sebaliknya, semua pengguna akan diberikan dengan storan sebanyak 15GB secara percuma untuk akaun Google – meliputi Google Photos, Google Drive dan juga GMail.
Apa Beza Dengan Sebelum Ini?
Sebelum ini, Google Photos menawarkan storan tanpa had untuk gambar berkualiti “Tinggi” (dibawah 16MB) – tetapi bermula 1 Jun 2021, perkara berkenaan tidak lagi ditawarkan.
Google hanya akan mula mengira storan Google Photos selepas 1 Jun 2021 – sementara gambar sebelum itu tidak akan dikira dalam storan pengguna.
Apa Anda Boleh Buat?
Kaedah mudah, Google meminta anda membuat langganan untuk Google One. Untuk pengguna tempatan, Google One ditawarkan pada harga RM8.49 sebulan untuk 100GB, sehingga 30TB pada harga RM644.99 sebulan.
Lain-Lain
Selain itu, pengguna juga turut boleh melanggan sejumlah perkhidmatan awanan lain untuk melakukan salinan pendua gambar anda. Atau sekiranya ingin berjimat, pengguna masih boleh memilih untuk melakukan salinan pendua secara manual ke komputer atau storan anda di rumah.
Terdapat beberapa storan yang membolehkan anda melakukan salinan pendua secara automatik ketika anda mengecas peranti pada waktu malam.
Google Photos di minati kerana kebolehan melakukan salinan pendua secara automatik, selain ciri tambahan seperti tag gambar dan kategorikan gambar secara automatik – serta sejumlah pengoptimasian, dan ciri memori yang mengingatkan kembali sesuatu detik.
Catat Ulasan