Cip Snapdragon 888 Plus


Qualcomm telah mengumumkan cip pemprosesan terbaru dan penaik-tarafan kepada Snapdragon 888, iaitu Snapdragon 888 Plus.

Cip pemprosesan ini menambah-baik prestasi dan kelajuan cip Kyro 680 CPU kepada 2.995Ghz, membawa ia mendekati angka 3Ghz.

Selain daripada prestasi CPU, Qualcomm juga turut menambah-baik prestasi dan pemprosesan kecerdasan buatan pada cip berkenaan menjadi 20% lebih berkuasa, mencapai sehingga 32 TOPS (trillion operations per second).

Snapdragon 888 Plus juga mengekalkan penawaran sokongan WiFi 6, selain sokongan Snapdragon Elite Gaming untuk pengalaman permainan menarik menggunakannya.

Peranti pertama menggunakan Snapdragon 888+ ini dijangka hadir ke pasaran sekitar suku ketiga 2021 kelak.
 

0/komen