Jeff Bezos Akan Menjadi Salah Seorang Penumpang Misi Pertama


New Shepard, sistem roket yang dibangunkan oleh Blue Origin akan melakukan misi pertama membawa penumpang pada 20 Julai hadapan. Sebelum ini salah satu kerusi untuk penumpang telah dilelong dengan bidaan tertinggi mencecah $2.8 juta. Kini Jeff Bezos mengumumkan beliau bersama adik beliau Mark Bezos turut akan menjadi penumpang misi pertama ini.

Pelancaran pertama New Shepard ini akan hanya membawa kapsul ke ketinggian 100 kilometer sebelum kembali semula ke bumi menggunakan payung terjun. Tempoh keseluruhan pelancaran pertama ini hanyalah sekitar 10 minit sahaja. Penumpang akan hanya menikmati tempoh beberapa minit sahaja di angkasa lepas dalam suasana sifar graviti.

Seperti SpaceX, sistem roket New Shepard boleh digunakan semula dan kembali mendarat ke bumi secara menegak selepas kapsul angkasawan dilancarkan. Sebelum melakukan misi pertama membawa penumpang, New Shepard berjaya melakukan 14 pelancaran dengan jayanya dengan hanya satu kegagalan. Dengan Bezos menjadi penumpang terawal, ia menunjukkan keyakinan beliau dengan sistem binaan syarikat sendiri.
 

0/komen