Masjid ini dibina disekitar tahun 1800m. Ianya menjadi singgahan utama apabila sultan kedah melawat kawasan sekitarnya dan juga bagi perjalanannya melawat Kuala Muda yang merupakan pusat pemerentahan Kedah dahulu.
Ianya kini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah. Terletak berhampiran dengan kaki gunung jerai dan Lembah Bujang. Sebuah masjid baru telah dibina bersebelahan bagi menggantikannya.
Pandangan dalam. Namun begitu ruangan dalamnya tidak dibuka kepada orang awam. Gambar ini dirakamkan juga bagi menghilangkan kegahairahan untuk mengetahui pandangan dalamnya..... terpaksalah panjat temboknya.
Menariknya masjid ini kerana ianya dikatakan sebagai binaan masjid tertua yang disahkan dikawasan tersebut. Namun begitu pihak arkeologi masih dalam proses penggalian dan penganalisaan sebuah lagi runtuhan dikawasan gunung jerai tersebut. Adalah dipercayai ianya merupakan binaan masjid dan bentuknya sama seperti masjid ini
Sekiranya disahkan masjid tersebut dikatakan sebagai binaan masjid tertua di Asia Tenggara. Ianya bakal mengesahkan bahawa kedatangan Islam kenegara kita adalah seawal tahun 800m. Jauh lebih awal dari Melaka dan negara sekitar lainnya. Juga sekiranya disahkan maka masjid tersebut lebih tua usianya dari masjid Agung Demak di Indonesia dan juga tentunya lebih tua dari masjid Tengkera Melaka.
Catat Ulasan