
Tasik Natron merupakan sebuah tasik yang terletak di negara Tanzania iaitu di bahagian yang bersempadanan dengan Kenya.
Ramai orang Tanzania menganggap tasik ini sebagai sakti kerana mampu mengubah haiwan ataupun hidupan lain menjadi batu.

Haiwan-haiwan seperti bangau, buaya ikan dan lain-lain yang lalu di tasik ini pasti akan berubah menjadi batu.
Oleh sebab itulah, warga sana menganggap tasik ini memiliki kesaktian. Namun, adakah tasik ini betul-betul ajaib?
Tidak juga sebenarnya. Ada alasan saintifik yang boleh menghuraikan kejadian aneh yang berlaku di tasik ini.
Tasik Natron sebenarnya memilki kepekatan garam serta mineral lain yang sangat tinggi. Hal ini demikian kerana tasik Natron merupakan aliran dam terletak di bawah Gunung Berapi Ol Doinyo Lengai yang merupakan gunung berapi aktif serta paling berbahaya di Tanzania.

Tasik Natron memiliki keluasan sehingga 1,040 kilometer persegi. Suhu air tasik ini mencecah sehingga 140 degree Fahreinheit. Nilai pH air tasik ini pula adalah 10.5 iaitu hampir sama nilainya dengan Ammonia.
Air tasik ini mampu menyebabkan kulit serta mata haiwan yang melaluinya terbakar.
Kandungan garam sodium carbonate yang tinggi turut bertindak seperti bahan pengawet menyebabkan haiwan yang mati di sini mengeras seperti batu.

Catat Ulasan