Terowong Bukit Senjuang Wujud Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka...?


Pasti ramai pernah sampai di memorial kemerdekaan melaka ade ramai yang tahu dan ada juga ramai tidak tahu apa yang ada di bawah memorial kemerdekaan itu,ya yang pasti nya ada terowong rahsia yang wujud sejak zaman kesultanan melayu melaka.


Terowong ini banyak berhubung di tebing pantai tembok kota melaka bangunan merah stadthuys gereja st paul pintu santiago bukit senjuang dan boleh jadi juga berhubung ke bukit cina.Gambar yang pertama adalah gambar terowong di bawah memorial kemerdekaan yang di ambil tidak pasti tahun bila.


Saya pernah pergi lihat lubang2 yang ada di memorial itu.terowong itu tidak dapat di lihat telah di tutup hanya nampak kesan2 palang2 kayu seperi gambar pertama.Tentang terowong ini banyak kisah nya yang saya tahu sedikit. Sultan Mahmud Shah berundur melalui terowong tersebut apabila orang2 portugis sedang mengepung kota melaka dan istana untuk menangkap Sultan Mahmud Shah tetapi gagal


Sultan hilang jejak.selepas istana dibakar,orang portugis membina kubu dan gereja di tapak istana tersebut.mereka telah terjumpe satu pintu yang ada tangga turun kebawah.Pada masa itu orang portugis baru tahu yang di bawah istana itu ada terowong..dan mereka terkejut dengan kehebatan orang melayu boleh membina trowong itu.


Di sini saya masih tertanya2,pembelot telah memberi tahu tetang keseluruhan rahsia kota melaka pada portugis.Tetapi mengapa pembelot tidak tahu ada nya terowong di istana kota melaka itu sedang kan dia dari hulu balang istana??..

0/komen