Waktu Operasi Baru – 6 Pagi Sehingga 10 Malam



FoodPanda kini mengumumkan waktu operasi baharu yang berkuatkuasa hari ini. Perubahan ini adalah selari dengan pengumuman kerajaan yang bersetuju membenarkan operasi premis kedai makan dan restoran kini bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Mulai hari ini, perkhidmatan FoodPanda akan beroperasi bermula seawal jam 6 pagi sehingga 10 malam. Meskipun begitu, anda dinasihatkan untuk membuat pesanan terakhir selewat-lewatnya jam 9.30 malam bagi mengelakkan sebarang kemungkinan isu yang tidak diingini berlaku. Dalam pada itu, Foodpanda turut memaklumkan waktu operasi ini juga mungkin berbeza-beza mengikut waktu perniagaan sesebuah restoran itu sendiri.

0/komen