Xiaomi Mi TV 6 Extreme Edition Dilancarkan


Xiaomi Mi TV 6 Extreme Edition telah diperkenalkan dengan pelbagai ciri premium. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan rekaan yang nipis dan ringan. Di samping, binaan bezel yang juga nipis selari dengan trend kebanyakan televisyen di pasaran.

Xiaomi Mi TV 6 Extreme Edition didatangkan dalam tiga saiz berbeza iaitu 55-inci, 65-inci dan 75-inci. Ketiga-tiganya dilengkapi paparan berasaskan QLED yang menyokong resolusi 4K (3840 × 2160) bersama kadar segar semula 120Hz. Paparan ini juga menyokong Dolby HDR, HDR10, HLG, dan Dolby Vision untuk kualiti gambar lebih baik. Seterusnya, terdapat juga sokongan dwi-kamera 48-Megapixel yang dilengkapi teknologi AI yang boleh digunakan untuk panggilan video atau lain-lain.


Cip pemproses empat-teras MediaTek (Cortex A73) bersama padanan memori 4.5GB RAM dan 64GB storan dalaman secara terbina turut digunakan pada televisyen ini. Selain itu, ia juga dilengkapi sistem audio 100W dengan teknologi Dolby Audio serta DTS-HD untuk pengalaman audio lebih baik. Televisyen pintar ini turut memfokuskan kepada penggunaan permainan video yang membolehkan permainan berkualiti tinggi dapat dimainkan.


Lain-lain ciri pada televisyen termasuklah – Bluetooth 5.0, dwi-band WiFi 6, sokongan inframerah dan banyak lagi. Di China, Xiaomi Mi TV 6 Extreme Edition dijual pada harga bermula RMB5,999 (~RM3,854) untuk sebuah..



 

0/komen