20 Keping Piza Sebagai ‘Wang Tebusan’



ESKILSTUNA, SWEDEN – Dua banduan  sebuah penjara di Sweden yang cuba melarikan diri  meminta 20 keping piza sebagai syarat pertukaran bagi membebaskan pengawal penjara yang dijadikan tebusan.

Isak Dewit, 30 dan Haned Mahamed Abdullahi, 24, yang merupakan banduan kes bunuh dilaporkan menggunakan pisau cukur sebagai senjata ketika mereka memecah masuk ke dalam bilik pengawal.

Dua pengawal penjara kemudian dijadikan tebusan sebelum kedua-dua banduan berkenaan meminta sebuah helikopter serta 20 keping piza dari sebuah kedai kebab untuk diberikan kepada setiap banduan di blok sel mereka.

Menurut Pemangku Ketua Keselamatan penjara tersebut, Jorgen From Nordin, kedua-dua banduan itu disabitkan dengan jenayah serius.

Para perunding Perkhidmatan Penjara dan Percubaan Sweden, pasukan petugas serta polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menghentikan situasi tersebut.

Sementara itu,beberapa buah van hitam yang membawa pasukan komando polis tiba di luar penjara kira-kira pukul 4.30 petang (waktu tempatan).

Selain itu, beberapa keping piza turut dilaporkan disediakan di sebuah kedai kebab sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta polis

0/komen