Bagaimana Kedudukan Undang-Undang?



Tuan, Saya ada seekar tanah. Atas tanah saya tu ada sungai. Nak tanya, adakah sungai tu jadi hak saya juga atau milik kerajaan?

Lepas tu kalau saya nak bercucuk tanam dekat pinggir sungai tu boleh ke?
Kalau sekiranya dalam kawasan tanah saya tu tiba-tiba didapati ada bahan mineral bernilai RM4.1 juta, adakah mineral tu kira jadi hak saya atau hak kerajaan?

Mohon pencerahan tuan.

Jawapan saya:

1. Seksyen 5 Kanun Tanah Negara antara lain mendifinisikan tanah itu termasuklah tanah yang diliputi oleh air seperti sungai, terusan, laut dan sebagainya.

Apabila dalam kawasan tanah seseorang ada sebatang sungai, maka sungai dan tanah rezab sungai tersebut kekal menjadi milik kerajaan.
Walaubagaimanapun tuan tanah boleh menggunakan air sungai tersebut untuk tujuan tanahnya setakat mana yang munasabah.

2. Menurut seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah rezab seperti rizab jalan, rezab sungai, rezab pantai, rezab ragut rumput, rizab padang permainan, rizab kubur juga adalah dianggap sebagai milik kerajaan.

Maka mana-mana pihak yang  menggunakan atau mengusahakan tanah rezab milik kerajaan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri  adalah dianggap menceroboh tanah milik kerajaan dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara.

3. Seksyen 40 Kanun Tanah Negara menyatakan semua galian dan bahan batuan yang terkandung di dalam atau di atas  mana-mana tanah adalah terletakhak hanya kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Ertinya jika anda dapati dalam tanah anda ada bahan mineral anda perlu memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang kewujudan bahan mineral tersebut.
Dan menjadi kesalahan kalau anda mengambil bahan mineral tersebut tanpa kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa negeri.

Moga pencerahan ini dapat memberi kefahaman kepada semua..

Terima kasih.

0/komen