Biji Durian Boleh Buat Kerepek



Alang-alang dah makan durian,simpan bijinya sebab biji durian rupanya boleh dijadikan kerepek. Bagi yang pertama kali dengar tentang kerepek biji durian pasti tertanya-tanya bagaimana rasanya? Rasanya memang sedap dan berlemak. Cara nak sediakan pun mudah sangat

Caranya
  1. Bersihkan biji durian.Kalau  rajin buang kulit koko tu..Kalau tak rajin biarkan je lah.
  2. Rendam air garam semalaman ok.
  3. Esoknya,sagat biji durian nipis-nipis
  4. Sagat pakai sagat tupperware tu, senang.
  5. Dah sagat, biarkan dalam sejam dua.
  6. Lepas tu, goreng dalam api perlahan, jangan perlahan sangat, nanti esok baru masak.Lama juga nak garing ni, jangan lupa untuk selalu kacau.
  7. Bila masak, kerepek ni akan rasa ringan bila kacau.Tu tandanya nak masak.
  8. Ni dah masak ni.
  9. Boleh angkat
  10. Toskan.
  11. Tunggu sejuk.
  12. Dah boleh ngap.

0/komen