Dianggap Jelmaan Tuhan


Bayi tersebut sedang terbaring di atas selimut dengan keadaan kepalanya yang bertindih antara satu sama lain.

UTTAR PRADESH, INDIA – Penduduk di negeri Uttar Pradesh, India gempar apabila seorang bayi dilahirkan dengan tiga kepala yang dianggap sebagai jelmaan Tuhan.

Bayi yang dilahirkan pada 12 Julai  lalu itu menjadi perhatian ramai sehingga ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memohon restu daripadanya.

Berdasarkan beberapa keping gambar bayi tersebut kelihatan sedang terbaring di atas selimut dengan keadaan kepalanya yang bertindih antara satu sama lain.

Dua kepala tambahan bertindih pada bahagian belakang kepala utama serta ketiga-tiganya mempunyai rambut.

Bayi itu bagaimanapun dilaporkan tidak kelihatan seperti sedang berada dalam kesakitan.

Ibu bayi tersebut yang hanya dikenali sebagai Ragini sebelum ini difahamkan mengalami kehamilan yang normal dan sihat sebelum melahirkan anaknya dengan keadaan luar biasa.

Dalam pada itu, Ragini dikatakan tidak menyenangi tindakan orang ramai yang berpusu-pusu datang ke rumahnya untuk melawat bayinya.
 

0/komen