Gugusan nilam yang ditemui di sebuah ladang persendirian di Ratnapura itu memiliki berat 510 kilogram
COLOMBO, Sri Lanka – Gugusan batu nilam terbesar di dunia bernilai £72 juta (RM 422 juta) ditemui selepas beberapa orang pekerja melakukan kerja-kerja penggalian membina sebuah perigi di sebuah ladang persendirian di Sri Lanka.
Batu seberat 510 kilogram itu telah dipindahkan di sebuah bank di Colombo dan dikawal oleh pengawal bersenjata mula menerima bidaan dari luar.
Pegawai rasmi mengesahkan batu itu ditemui secara tidak sengaja di kawasan Ratnapura.
Pekerja sebuah ladang menggali tanah untuk membina sebuah perigi apabila terlihat batu berwarna biru pucat itu yang digelar ‘Serendipity Sapphire‘.
Individu yang menemui batu itu memaklumkan kepada pemilik batu bertuah itu tentang penemuan ini yang hanya mahu dikenali sebagai Gamage.
Batu nilam cukup terkenal kerana memiliki warna yang unik selain kualitinya yang bagus
Lembaga Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka (NGJA) mengatakan bahawa mereka yang membida batu tersebut termasuklah kerabat diraja.
Batu ini ditemui di Kahawatte di daerah Ratnapura dan beliau tidak boleh mendedahkan maklumat lain berkenaan lokasi sebenarnya atas isu keselamatan kata ketua pihak berkuasa, Tilak Weerasinghe.
Sri Lanka terkenal sebagai ‘pusat nilam dunia’.
Batu nilam yang berwarna biru itu merupakan permata kebangsaan bagi Sri Lanka dan terkenal di mata dunia kerana warnanya yang unik, kejernihan dan kualitinya.
Catat Ulasan