Hadiahkan Kekasih Cincin Diperbuat Daripada Susu Badan


Cincin Yang Diperbuat Daripada Susu Badan

RUTHERFORD, New Jersey – Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendedahkan di laman Facebook bahawa teman lelakinya telah melamarnya  dengan memberikan sebentuk cincin diperbuat daripada susu badan wanita itu sendiri.

Dia memuat naik foto jarinya yang disarungkan cincin tersebut dan menulis bahawa hadiah itu amat istimewa.

Foto tersebut kemudian menjadi tular dengan netizen meninggalkan pelbagai komen mengenainya.

“Ia hanya susu, boleh juga buat cincin daripada kentang lecek,” tulis seorang netizen.

“Saya tidak faham apa yang begitu sentimental tentangnya. Ia adalah cecair daripada badan anda,” tulis seorang lagi netizen.

Barang perhiasan yang dihasilkan daripada susu badan sudah dikomersialkan selama beberapa tahun.

Pencipta barangan perhiasan sebegini dipercayai menggunakan susu badan yang sudah disejatkan sebelum dimasak dan dikeringkan dan dilapisi dengan resin.


0/komen