Huawei Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak


Bersama-sama pengenalan Huawei P50, jam tangan pintar untuk kanak-kanak di perkenalkan.

Huawei Children Watch 4 Pro ini hadir dengan rekaan muka jam berbentuk empat-segi, dan boleh dihubungkan bersama sejumlah peranti Huawei seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya.

Huawei turut menyertakan sokongan penjejak lokasi, bagi memudahkan ibubapa mengetahui lokasi anak pada sesuatu masa.

Disamping itu, ia turut dilengkapi kamera 5-megapixel yang boleh digunakan bagi tujuan panggilan video.



Buat masa ini, ia ditawarkan di China sahaja, pada harga 998 Yuan, iaitu sekitar RM650..

 

0/komen