Istana Pasir Tertinggi Di Dunia



Istana pasir tersebut menggunakan sebanyak 4,860 tan pasir dari Denmark.


COPENHAGEN, DENMARK – Sekumpulan artis seni berjaya membina sebuah istana pasir setinggi 21.16 meter (m) di Denmark yang dipercayai istana pasir paling tinggi di dunia.

Diketuai pengukir dari Belanda, Wilfred Stijger, binaan tersebut menggunakan sebanyak 4,860 tan pasir dari Denmark.

Menurut Stijger, istana pasir itu mengandungi 10 peratus tanah liat bagi mengukuhkan strukturnya, manakala binaan siap turut dilitupi gam bagi memastikan bentuknya kekal bertahan pada musim sejuk yang bakal tiba.

“Istana pasir ini menggambarkan ‘kehebatan’ kuasa koronavirus terhadap dunia sejak permulaan pandemik.

“Virus ini mengawal kehidupan kita di mana-mana sahaja. Ia menetapkan apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan seperti jangan menziarahi ahli keluarga dan jangan pergi ke tempat-tempat menarik. 

“Jangan buat apa-apa dan kekal berada di rumah,” katanya.

Buat masa ini, pemegang Guinness World Records kategori tersebut adalah  istana pasir yang dibina  di Jerman pada tahun 2019 pada ketinggian 17.66m. 

0/komen