Kebas 400 Pakaian Dalam Wanita


MONTGOMERY, Alabama – Seorang lelaki di negeri Alabama, Amerika Syarikat  didakwa dengan 50 pertuduhan termasuk menghendap, mencuri dan cubaan memperkosa selepas 400 pakaian dalaman wanita ditemui di rumahnya.

John Uda, 27, ditahan polis selepas cuba menyerang seorang wanita di rumah mangsa pada 10 Julai lalu.

Mangsa dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.

Apabila polis mendapatkan waran geledah untuk memeriksa rumah suspek, mereka  menjumpai 400 pakaian dalam wanita termasuk bra dan seluar dalam di dalam kediaman tersebut.

Menurut polis, Uda pernah berdepan tuduhan mencuri pakaian dalam dari sebuah pusat dobi komuniti dalam kompleks apartmen tempat tinggalnya.

Uda kini ditahan dengan bayaran ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$1 juta  (RM4.2 juta). 
 

0/komen