Lahirkan Anak Di Hadapan Mesin ATM


Kelihatan seorang lelaki sedang membantu wanita itu dengan memegang bayinya pada bahagian belakangnya.

JAKARTA – Beberapa orang awam yang sedang berada di lokasi sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jogjakarta gempar apabila seorang wanita secara tiba-tiba melahirkan anak dalam keadaan berdiri.

Wanita tersebut sedang berdiri dalam keadaan tergamam sambil berpaut pada sebuah dinding.

Seorang lelaki yang identitinya tidak dapat dipastikan dilihat memegang bayi tersebut di belakang wanita itu dengan keadaan tali pusatnya yang masih belum dipotong.

Lebih menyedihkan adalah tiada seorang pun individu lain terutamanya golongan wanita tampil untuk membantu wanita itu.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan wanita itu dan bayinya.

Ramai yang meluahkan rasa marah kerana tiada yang menghulurkan bantuan kepada wanita tersebut

Panggillah bidan atau doktor! Jangan dilihat sahaja.Bukannya mahu membantu, tetapi sebaliknya sibuk merakam.


 

0/komen