Mahu Bina Hotel Di Bulan


Branson mengimpikan untuk membina sebuah hotel di Bulan dan berharap industri pelancongan ke angkasa lepas bakal berkembang dnegan pantas


WASHINGTON – Bilionair yang baru pulang daripada melancong ke angkasa lepas, Sir Richard Branson mahu membina sebuah hotel penginapan di bulan.

Pelopor pelancongan angkasa lepas itu berkata masyarakat boleh menjangkakan lebih banyak penerokaan ke angkasa lepas bersama Virgin Galactic di masa akan datang.

Ketika ini, kos bagi satu tiket penerbangan ke sempadan angkasa lepas dengan Virgin Galactic dianggarkan bernilai AS$250,000 (RM1.05 juta).

Bercakap mengenai impian lain Branson, lelaki itu berkata beliau mahu membina hotel di Bulan sebagai impian besar baharunya.

Beliau  berkata sama ada dia  sendiri akan terlibat secara langsung dalam pembinaan hotel di bulan atau ianya serahkan kepada anak-anaknya  untuk melakukannya dan bergantung kepada keadaan.

Kedengaran seperti impian yang mengarut tetapi perkara sama dikatakan tentang pelancongan angkasa lepas dan beliau sendiri baru sahaja melakukannya.

Branson berharap kewujudan lebih banyak roket dan kapal angkasa di masa hadapan akan mengurangkan kos penerbangan ke angkasa lepas


 

0/komen