Mati Selepas Usik Kawanan Gajah


Seekor gajah memijak mati seorang lelaki di tepi jalan selepas diganggu dengan bunyi teriakan dan hon kereta.
 
NEW DELHI – Seorang lelaki di India menerima padah apabila dia dipijak seekor gajah liar selepas mengusik kawanan haiwan itu yang melintasi sebuah ladang teh di negeri Assam.

Kejadian mengejutkan itu bermula ketika sekawan gajah liar melintasi ladang teh di Letujan dengan tenang tanpa mengganggu sesiapa, namun ada beberapa  individu mula mengacau binatang tersebut.

Perbuatan tersebut menyebabkan kawanan gajah itu berubah. Mereka bersorak dan membunyikan   hon kereta yang menakutkan gajah-gajah tersebut.

Salah seekor gajah itu bertindak mengejar seorang lelaki yang tersandung di tepi jalan ketika cuba melarikan diri.

Dia dipijak mati sebelum gajah itu kembali ke kawanannya dan berlari masuk ke dalam hutan di seberang jalan.


Gajah itu kembali ke kawanannya di seberang jalan dan menuju masuk ke dalam hutan

Lelaki yang dikenali sebagai Pascal Munda dikejarkan ke Hospital Golaghat sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam pada itu, penduduk tempatan dilihat memukul tanah dengan kasut dan berteriak dalam usaha untuk memindahkan kawanan dari jalan raya.

Polis yang menyiasat kejadian itu sedang memeriksa rakaman video bagi memastikan sama ada mangsa ada mencetuskan provokasi terhadap gajah-gajah  itu.

Sangat menyedihkan apabila melihat pekerja dan pejalan kaki mengusik haiwan untuk mendapatkan kandungan media sosial.

Gajah liar itu gelisah bila diganggu dan akibatnya, seorang lelaki mati kata seorang pakar gajah, Vikas Kumar..


0/komen