MySejahtera, aplikasi pengawasan penularan wabak COVID-19 yang dibangunkan kerajaan Malaysia baru-baru ini dikatakan telah hadir dengan dua ciri baru, iaitu kebolehan untuk membeli kit ujian kendiri COVID-19, dan juga ciri memuat-naik keputusan ujian kit kendiri tersebut terus ke aplikasi MySejahtera untuk memastikan aplikasi tersebut dapat mengetahui samada anda positif dan perlu memberi amaran kepada pengguna lain ataupun tidak.
Untuk pembelian, MySejahtera menawarkan pembelian tiga kit ujian kendiri COVID-19, termasuklah Salixium, Gmate dan JusChek. Untuk syarikat-syarikat yang mahu membeli kit-kit ujian ini untuk pekerja mereka, MySejahtera juga dilihat memperlihatkan pembelian kit ujian secara pukal.
Apabila pengguna membuka aplikasi MySejahtera, ia akan meminta anda untuk mengemaskini aplikasi tersebut, yang mana selepas itu fungsi Ujian Kendiri COVID-19 akan diperlihatkan. Anda kemudiannya boleh menekan mana-mana satu pilihan kit ujian kendiri tersebut yang mana anda boleh membeli kit tersebut, dan memuat-naik keputusan terus daripada MySejahtera.
Catat Ulasan