Ramai tak tahu betapa besarnya pengaruh Melaka pada Tamadun Islam sehinggakan dikatakan kalau runtuhnya Melaka, makanya Kaherah (Mesir) dan Mekah akan kalah sepenuhnya. Ini yang dicatatkan oleh Albuquerque, kenapa dia beriya sangat nak jatuhkan Melaka.
“Raja Portugal telah mengarahkanku untuk pergi ke Melaka, kerana inilah tempat terbaik memintas perdagangan di mana orang Muslim yang menjalankan aktiviti ini.
Jadi, ini berkaitan servis buat Tuhan kita yang membawa kita ke sini,
dengan menakluk Melaka, kita akan tutup ia supaya orang Muslim tidak lagi berdagang rempah ratusnya di sini. Dan aku yakin bahawa, jika kita rampas perdagangan Melaka dari mereka, Kaherah (Mesir) dan Mekah akan kalah sepenuhnya.”
- The Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque
Dan kejatuhan Melaka kepada Portugis sebenarnya disambut dengan meriah di Eropah. Pope Leo X misalnya, selepas menerima perkhabaran gembira ini daripada Raja Manoel telah membuat pesta sambutan keraihan yang menyambut kemenangan ini.
Kemenangan Portugis ini disebarkan ke merata tempat oleh Pope. Pope Leo X telahpun pergi ke Gereja St Maria di Sepanyol dan Gereja St Agustino di Rom bagi merayakan kemenangan Portugis.
Inilah besarnya sebuah empayar Melayu Islam yang telah jatuh dalam misi Portugis mencari Gold, Glory, dan dah tentu, menegakkan Gospel mereka..
Catat Ulasan