Sijil Vaksinasi Palsu Harga RM1



JAKARTA – Satu sindiket di Indonesia yang menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu dikesan di media sosial apabila menawarkan harga 4,000 rupiah (RM1.15) bagi 50 helai.

Sijil palsu itu dijual secara pukal dan sudah dihebahkan di semua platform online.

“Satu ikat sijil vaksinasi Covid-19 hanya RM1.15 bagi 50 helai,” demikian penerangan pada gambar yang dimuat naik.

Sijil palsu itu kelihatan seperti sijil asli dengan ruang untuk nama penerima vaksin, tarikh vaksinasi dan juga kod imbasan QR.

Penyebaran iklan sijil palsu itu menerima kecaman pelbagai pihak yang mana ada pihak cuba mengambil kesempatan di atas situasi genting seperti sekarang.

Masih wujud pihak yang mementingkan diri seperti ini. Dahulu ada kes jual keputusan ujian saringan, sekarang jual sijil vaksinasi pula

Orang Indonesia memang kreatif. Jadi apa motif disuntik vaksin dua kali jika ada yang senang-senang menjual sijil palsu seperti ini.,

0/komen