
EDINBURGH, Scotland – Seorang wanita di Scotland terkejut apabila menemui sebiji batu yang kelihatan seperti wajah karakter antagonis dalam filem fiksyen terkenal, Harry Potter iaitu Lord Voldemort.
Nikki Halkerston ,45, memberitahu dia terjumpa batu itu ketika bersiar-siar di tepi laut selepas menghantar anaknya ke sekolah.
Sebaik sahaja melihat batu unik tersebut, Halkerston terus teringat pada watak jahat itu dan mengutipnya untuk dijadikan perhiasan di dapur rumahnya.
Ukiran wajah pada batu itu sangat jelas seperti Lord Voldemort kerana apabila terpandangnya, beliau tidak memikirkan orang lain.
Walaupun beliau bukanlah peminat fanatik filem Harry Potter tetapi dia mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi.
Catat Ulasan