JAKARTA – Seorang remaja perempuan dari Prabumulih, Sumatera Selatan menuai pujian menerusi hasil tulisan tangannya sangat kemas seperti cetakan komputer.
Gadis bernama Rigina Arlie,15, itu memberitahu bahawa aktiviti menulis adalah hobinya di masa lapang dan sering memperuntukkan masa khas untuk menambah baik tulisan tangannya.
Beliau akan habiskan masa sekitar dua hingga tiga jam sehari untuk menulis bagi memastikan konsistensi hasil tulisan.
Antara cabaran ketika latihan adalah kehabisan dakwat pen atau diganggu orang sekeliling hingga hilang fokus.
Dalam masa sama, ketelitiannnya dalam menulis turut mendatangkan kesan negatif kerana dia sering terlambat mencatat nota penting ketika sesi persekolahan berlangsung.
Katanya, dia tidak boleh melihat hasil tulisan yang buruk maka sering mengambil masa yang lebih lama apabila mencatat nota pelajaran.
Catat Ulasan