
CHICAGO, Illinois – Seorang wanita yang berada dalam keadaan koma akibat penyakit ganjil pada Ogos 2019 terharu apabila dilamar kekasih hatinya selepas dia sedar sebulan kemudian.
Viktoria Cupay disahkan menghidap penyakit ganjil Lupus pada 2016 dan pada 2019 pula, dia disahkan menghidap sindrom Stevens-Johnson dan nekrolisis epidermal toksik yang merupakan penyakit kulit ganjil, namun boleh membawa maut.
Keadaan tersebut menyebabkan dia menjadi koma, tiga tahun selepas pertama kali didiagnos.
Teman lelaki Viktoria, Nicholas William Baldo yang dipanggil Nick mengambil keputusan untuk melamar wanita itu sebaik sahaja dia tersedar bagi membuktikan cintanya.
Saat indah itu dirakam oleh ibu Viktoria, Greta Cupay menunjukkan Nick memakai pakaian sut perlindungan diri, melamar kekasih hatinya itu di katil pesakit sambil memegang cincin pertunangan.
Di hospital, Nick memberitahu Viktoria yang beliau amat menyayanginya dan akan memberikan perkembangan kesihatannya setiap hari.
Viktoria yang kini sedang pulih berkata, Nick melamarnya kerana dia tahu proses pemulihan wanita itu akan mengambil masa yang panjang dan dia mahu menemani Viktoria sepanjang proses itu.
Nick fikir beliau tidak akan mampu untuk terus hidup dan mahunya merasai saat-saat bertunang sekiranya sesuatu berlaku.
Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin tahun depan.
Catat Ulasan