Disangka Hamil Sebenarnya Simpan Ketumbuhan


LONDON – Seorang remaja perempuan tidak menyangka bahawa keadaan perutnya yang membesar seperti kandungan berusia sembilan bulan sebenarnya mempunyai ketumbuhan bersaiz sebiji bola sepak.

Abi Chadwick, 19, mengakui bahawa dia telah cuba untuk berdiet, namun keadaan perutnya masih sama sehingga dia mula mengalami kesakitan teruk pada bahagian perutnya.

Selepas berjumpa doktor, Chadwick disahkan mempunyai ketumbuhan bersaiz 33 sentimeter di dalam perutnya.

Beliau belum pernah melihat seseorang mempunyai ketumbuhan sebesar itu dan  menyangkakan ia hanya bersaiz kecil dan akan hilang, namun akhirnya  mendapat tahu bahawa perutnya  dipenuhi  ketumbuhan tersebut.

Dia mula menyedari masalah itu selepas mengalami kenaikan berat badan mendadak sebanyak 13 kilogram.

Perutnya amat keras dan apabila keluar ke kedai, orang melihat ke arahnya  seperti seorang wanita yang sedang hamil sembilan bulan.

Orang di sekeliling memberitahu bahawa dia sedang hamil, namun dia  fikirkan ia hanya disebabkan beliau sudah menjadi gemuk.

Bagaimanapun, selepas pakar mengimbas bahagian abdomennya, mereka terkejut apabila menemui satu ketumbuhan bersaiz besar yang perlu dibuang  segera.

Ketumbuhan itu mungkin telah berada di dalam perutnya  sejak lahir dan beliau  tidak pernah menyedarinya.

Chadwick kemudiannya menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut dan kini, dia boleh hidup seperti gadis normal yang lain.

Beliau  gembira kerana tidak lagi kelihatan seperti wanita yang sedang hamil.

 

0/komen