Guna Syiling Beli Kereta


HENAN – Seorang lelaki menggunakan 10 beg duit syiling bernilai RM33,163 untuk membeli sebuah kereta kepada anak lelakinya di sebuah kedai di Zhoukou, daerah Henan, China minggu lalu.

Lelaki berkenaan yang bekerja dalam industri makanan membeli secara tunai untuk anaknya.

Menariknya, kedai menjual kenderaan itu tidak menolak permintaan lelaki berkenaan sebaliknya telah mengerahkan 20 pekerja untuk mengira 10 beg duit syiling berkenaan.

Kejadian itu telah tular di seluruh dunia dan kagum dengan lelaki berkenaan yang seolah-olah mengumpul duit syiling untuk membeli sebuah kereta untuk anak lelakinya. 
 

0/komen