Fossil melancarkan jam tangan pintar terkini mereka Fossil Gen 6 dalam dua pilihan saiz iaitu 42mm dan 44mm. Kedua-dua model ini dilengkapi skrin sesengtuh 1.28″ AMOLED berbentuk bulat, cip Qualcomm Snapdragon Wear 4100+, memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Seperti yang dijangka, Gen 6 menggunakan Wear OS versi terkini yang mengaktifkan beberapa ciri mendengar Spotfiy di luar talian.
Dua rekaan ditawarkan dengan 42mm dipadankan dengan tali silikon selebar 18mm manakala versi 44mm pula dengan penawaran tali logam atau kulit sebesar 22mm juga. Rekaan jam 44mm lebih agresif dengan salah satu dari tiga butang kawalan sisi mempunyai plat pelindung. Menurut Fossil, dengan cip Snapdragon 4100, jam tangan Gen 6 adalah sehingga 30% lebih pantas berbanding Gen 5.
Masih terdapat pengesan nadi, pengesan oksigen dalam darah SpO2, pengesan pernafasan, GPS, altimeter, accelerometer, giroskop kemampuan menjawab telefon, Google Map dan Google Asssitant secara terbina. Dengan sekali caj jam tangan boleh beroperasi melebihi sehari bergantung pada penggunaan. Dengan pengecasan pantas kali ini, bateri boleh dicas ke 80% dalam masa hanya 30 minit. Dari segi ketahanan pula ia boleh dibawa berenang sehingga kedalaman 3 ATM.
Di Amerika Syarikat Fossil Gen 6 42mm dijual pada harga $299 (~RM1246) seutas manakala Fossil Gen 6 44mm dijual pada harga $299 (~RM1246) untuk tali kulit dan nilon manakala Fossil Gen 6 dengan tali besi tahan karat pada harga $319 (~1336) seutas..
Catat Ulasan