
KONVOI Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (UNIFL) melalui kawasan yang dikawal tentera Itali, di kawasan sempadan Lubnan dan Israel
Baitulmaqdis: Pengganas Israel pada Khamis lalu telah menyerang Lubnan untuk pertama kali dalam tempoh tujuh tahun.
"Awal hari ini (Khamis), roket dilancarkan dari Lubnan ke ke jajahan Israel," kata tentera udara Israel menerusi Twitter.
Menurutnya, sebagai tindak balas, jet pejuang melancarkan serangan menyasarkan tapak pelancaran roket berkenaan.
Tentera udara Israel berkata, sasaran tambahan disasarkan ke kawasan di mana roket dilancarkan pada masa lalu.
Pengganas Israel kerap melakukan serangan ke atas kedudukan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza dan pangkalan Hizbullah di Syria serta sasaran Iran di Syria.
Tetapi, ini kali pertama sejak 2014, Pengganas Israel melancarkan serangan ke Lubnan.
Dalam pada itu, stesen televisyen Lubnan, Al-Manar yang dikendalikan Hizbullah berkata, pesawat pengganas Israel melancarkan dua serangan pada 12.40 tengah malam, di luar bandar Mahmudiya, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari sempadan.
Lubnan mengutuk serangan itu sebagai tindakan keterlaluan, sekali gus menandakan perubahan taktik oleh Israel dalam konflik itu.
Serangan pengganas Israel itu ketika ribuan rakyat Lubnan memperingati setahun tragedi letupan di pelabuhan di ibu negara itu yang mengorbankan 214 orang.
Catat Ulasan