Redmi 10 Kini Rasmi Di Malaysia


Redmi 10 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti ini dilengkapi skrin 6.5″LCD FHD 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G88, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W. Ia turut boleh berfungsi sebagai sebuah powerbank dengan pengecasan peranti lain dengan kuasa 9W.

Spesifikasi kamera utama pula adalah 50MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2MP pengesan kedalaman. Pada bahagia hadapan pula terdapat kamera sebesar 8MP yang diletakkan dalam lubang kamera pada skrin.

Ciri lain yang menarik perhatian ialah sokongan audio stereo dan juga bicu audio 3.5mm bagi mereka yang masih belum berhijrah ke penggunaan TWS. Kedua-dua kekisi audio pembesar suara pada peranti ini menembak ke sisi bagi memberikan pengalaman audio yang lebih seimbang.


Sebuah pengimbas cap jari fizikal turut disertakan terbina pada butang kuasa di bahagian kanan peranti. Akhir sekali peranti menggunakan sistem operasi Android 11 dengan pelancar MIUI 12.5.

Di Malaysia Redmi 10 akan dijual pada harga RM649 untuk model 4/64GB dan RM749 untuk model 6/128GB bermula 20 Ogos ini. Warna yang ditawarkan pula ialah Carbon Gray, Pebble White dan Sea Blue..

 

0/komen