LONDON – Sekumpulan saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Oxford sedang menjalankan satu kajian khas dengan membiakkan virus Covid-19 varian Delta dalam makmal.
Penyelidikan itu dibuat untuk menjangkiti peserta kajian dengan varian Delta secara sengaja bagi mengenalpasti proses mutasi virus berkenaan.
Ia juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi membangunkan vaksin dan cara rawatan terbaharu Covid-19 dengan kerjasama, syarikat hVivo.
Seramai 40 peserta muda dan sihat menerima bayaran sehingga £4,500 (RM24,984) sebagai persetujuan mengambil bahagian dalam kajian itu.
Proses pembiakan varian Delta lebih sukar berbanding varian asal Covid-19 kerana mutasi yang mengubah struktur protein dan kultur virus.
Namun para penyelidik tersebut sudah membiakkan jumlah yang cukup untuk memulakan kajian di peringkat awal menurut kata ahli virologi dan Ketua Pegawai Saintis hVivo, Andrew Catchpole.
Semasa proses pembiakan, para saintis perlu memastikan agar virus yang dibiakkan tidak bermutasi dan menghasilkan varian baharu dalam tempoh ditetapkan.
Pakar jangkitan virus pernafasan, Dr. Garth Rapeport memberitahu, proses itu tidak sama dengan penghasilan vaksin kerana prosesnya yang lebih rumit.
Bagi tujuan kajian tersebut, para penyelidik menggalakkan individu berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berisiko paling rendah dijangkiti Covid-19 untuk menjadi sukarelawan.
Peserta hanya diterima jika mereka tidak mempunyai sejarah atau gejala Covid-19, mempunyai tahap kesihatan terbaik, berat badan ideal dan tidak merokok.
Catat Ulasan