Rugi Hampir RM400,000 Diperdaya 'Velostin Tina'


Seremban: Seorang pesara kerajaan yang dijanjikan kira-kira RM1.8 juta sebaliknya kerugian hampir RM400,000 selepas diperdaya sindiket 'parcel scam' pada Jun tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa yang juga lelaki berusia 78 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita mendakwa warga Amerika Syarikat yang yang memperkenalkan diri sebagai 'Velostin Tina' melalui Facebook.

Suspek memaklumkan mahu mengirim bungkusan kononnya wang berjumlah kira-kira RM6 juta kepada mangsa melalui perkhidmatan kurier.

Suspek juga berjanji akan datang ke Malaysia dan menyerahkan 30 peratus daripada RM6 juta itu kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa bersetuju dengan tawaran itu tetapi diminta untuk membayar beberapa cukai kastam bagi mendapatkan bungkusan berkenaan.

Katanya, mangsa melakukan pemindahan ke lima akaun bank berjumlah keseluruhan hampir RM400,000.

Mangsa diminta memindahkan lagi RM479,250 sebelum dia yang rasa tertipu membuat laporan polis.

 

0/komen