Rugi RM6,300 Ditipu Beli Iphone


KUANTAN – Seorang pelayan restoran mengalami kerugian RM6,300 selepas ditipu dalam urusan pembelian telefon pintar iPhone 12 Pro Max yang diiklankan dalam laman sosial Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di Bentong tertarik dengan iklan jualan telefon pintar berkenaan.

Mangsa telah menghubungi penjual dan berbincang sebelum bersetuju untuk membeli telefon berkenaan.

Mangsa telah membuat dua kali pembayaran masing-masing berjumlah RM2,800 dan RM3,500 ke dua akaun berbeza melalui transaksi internet.

Menurut Wazir, selepas memasukkan wang berkenaan, mangsa diminta untuk memasukkan wang lagi menyebabkan dia berasa curiga.

Katanya mangsa yang mengesyaki ditipu sebelum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya mangsa dengan menawarkan penjualan iPhone tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian,tambah beliau lagi.
 

0/komen