
DUBLIN – Seorang wanita yang pergi melancong mendedahkan hidangan digelar ‘sandwic bakon paling sedih di dunia’ yang disajikan ketika dia menaiki penerbangan Ryanair dan berharga £4.70 (RM27).
Liz Nugent yang merupakan seorang penulis novel kelahiran Dublin memuat naik foto sandwic tersebut yang dipesan rakannya dalam sebuah pesawat Jumaat lalu.
Rakan beliau, Aimee membayar £4.70 untuk sandwich bakon ini. Beliau sedang menilai adakah ia layak digelar sandwic.
Dia juga turut bergurau dengan mengatakan menikmati sandwic dengan hanya dua keping bacon bersaiz kecil itu merupakan satu ‘pengalaman kulinari’.
“Sandwic bakon yang paling menyedihkan di dunia,”
Sandwic ini kelihatan seperti sedang disediakan oleh seseorang yang berasa jengkel.
Aimee tetap makan sandwic tersebut dan turut memuji perkhidmatan yang diterima daripada kru penerbangan pesawat itu.
Penerbangan tersebut indah dan kru penerbangan semuanya memberikan perkhidmatan bermutu. Beliau cuma fikir sandwic tersebut agak mahal, namun tetap memakannya.
Beliau juga tidak fikir orang akan menempah tiket penerbangan kerana kualiti sandwic yang disaji.
Catat Ulasan