
LONDON – Pengguna laman web pengiklanan percuma, Gumtree menyelar tindakan seorang pemilik hartanah yang mengiklankan sebuah ‘pejabat kecil’ bersaiz tandas untuk disewa pada harga £50 (RM289) seminggu.
Unit hartanah di Glasgow, Scotland itu diiklankan sebagai ‘ruang ideal yang kecil dan kompak untuk seorang pekerja’.
Ia dilengkapi kemudahan seperti meja, cerek, lampu meja, peti sejuk mini dan kemudahan WiFi berkelajuan tinggi yang terletak bersebelahan mangkuk tandas.
Unit itu terletak di tingkat satu sebuah bangunan perumahan, di mana ia dikatakan mempunyai pintu masuk persendirian.
Ia merupakan satu lokasi yang bagus dan sunyi serta baru diubah suai.Boleh disewa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kunci akan diberikan kepada penyewa yang ingin menyewa dalam tempoh yang lama menurut keterangan pada iklan tersebut.
Iklan tersebut dimuat naik lebih sebulan yang lepas, namun tiada pengguna tertarik untuk menyewanya.
Bagaimanapun, selepas dihubungi oleh beberapa media tempatan, pemilik hartanah tersebut bertindak menarik balik iklan itu.
Di mana pancuran untuk mandi? Bagaimana dengan kertas kerja yang basah? komen serang pengguna.
Catat Ulasan