Tun Jana Khatib


Sebelum kita pergi kepada kisah Parameswara meninggalkan Singapura, kita ceritakanlah dahulu kisah yang berlaku di dalam zaman bapanya iaitu yang bergelaran Paduka Sri Maharaja. Timelinenya sekitar antara 1375 hingga 1399. Era ini lebihkurang zaman Sultan Uthmaniyah Bayezid I di Asia Minor.

Kisahnya begini, pada zaman tu, kerajaan Pasai telah pun menerima cahaya Islam. Jadi adalah satu kumpulan orang2 Islam Pasai yang telah datang ke Singapura ini untuk berdagang. Salah seorangnya ialah orang alim mereka iaitu Tun Jana Khatib. 

Ada 2 pembesar Singapura ketika itu iaitu Biduanda dan Temenggong. Biduanda berlapang dada menerima pelawat itu kerana tertarik dengan akhlak dan kepandaian Tun Jana Khatib merawat pesakit.

Temenggong pula membenci mereka kerana persaingan pangkat dengan Biduanda. Orang2 Singapura lebih menghormati Tun Jana Khatib dan Biduanda dari Temenggong sendiri. Sehinggakan pemerintah Singapura, Paduka Sri Maharaja pun tertarik dengan kotokohan Tun Jana Khatib sehinggakan beberapa kali dijemput ke Istana. Setelah beberapa lama, ketika Tun Jana Khatib sedang berjalan2 di luar istana, Tun Jana Khatib telah merenung sebatang pokok pinang sehingga terbelah dua pokok pinang tu.

Dalam pada itu entah bagaimana, permaisuri telah terlihat perkara itu dan beliau amat kagum. Maka sampailah ke pengetahuan Paduka Sri Maharaja. Pada mulanya ianya tidak memberi apa2 kesan bagi Paduka Sri Maharaja. Temenggong yang begitu irihati terhadap Tun Jana Khatib telah membuat ftnah. Temenggong mengatakan kepada tuanku bahawa, Tun Jana sengaja menunjukkan kepandaiannya terhadap permaisuri. Setelah dicucuk Temenggong berkali2 maka Paduka Sri Maharaja termakan fitnah Temenggong.

Lalu diperintahnya Tun Jana Khatib mengadap ke istana dan Tun Jana kemudiannya dihukum bunuh. Biduanda pun dikenakan penjara seumur hidup kerana mempertahankan Tun Jana Khatib. Maka gegak gempitalah hilai tawa sorak Temeggong dan kuncu2nya. Kisah itu tidak berakhir begitu sahaja. Tidak lama kemudian, nelayan2 Singapura tidak dapat turun ke laut, pasai apa pulak ni? Sebab perilaku sejenis spesis ikan yang bernama todak. Ikan todak atau shortbill spearfish ini telah menyerang orang ramai di pantai.

Ada yang terbunuh dan ini adalah masalah besar bagi ekonomi Singapura. Kemungkinan turunnya bala akibat pembunuhan Tun Jana Khatib tanpa usul periksa. Pedagang datang melalui laut. Ekonomi Singapura lumpuh. Todak sentiasa sahaja menyerang dan kadangkala tidak henti2. Ketika Paduka Sri Maharaja melawat di perkampungan, pembesar2 Singapura termasuk Temeggong mengesyorkan supaya rakyat Singapura berkubu dengan betis dan tubuh badan mereka sambil membunuh todak2 itu.

Tiba2 ada seorang budak kecil yang bernama Hang Nadim memberi satu idea yang bernas. Buat apa berkubu dengan betis, ambil sahaja batang pokok pisang sebanyak yang mungkin dan dibuat pagar di pantai, bila todak serang , todak akan terlekat di batang2 pisang tu dan todak akan mati melekat di situ. Pang!!! satu tamparan yang hebat bagi pembesar2 termasuk Temenggong. Budak kecil pula lagi bagus strateginya. Idea Hang Nadim berhasil dan serangan todak terhenti.

Paduka Sri Maharaja sungguh gembira dengan kepintaran Hang Nadim . Paduka Sri Maharaja akan memperkenankan apa sahaja permintaan Hang Nadim. Sebenarnya Hang Nadim ini adalah anak kepada Biduanda yang telah dihukum penjara sebelum ini. Permintaan Hang Nadim ialah supaya dibebaskan bapanya, Biduanda dari penjara. Maka bebaslah Biduanda.

Tetapi kalau mengikut cerita dalam Sejarah Melayu, Hang Nadim kemudiannya telah dicampak ke laut dengan tangan kakinya dirantai dan dikhuatiri mati lemas. Ini adalah angkara Temenggong dan kuncu2nya membuat fitnah ke atas Hang Nadim dan keluarganya dan dilaporkan kepada Paduka Sri Maharaja. 

Begitulah kesudahannya. Nak kata sejarah pun boleh, nak kata legenda pun boleh. Tapi tentu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh pengkarya Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) ini iatu Tun Sri Lanang pada abad yg ke 17 dulu.

Nama airport di Pulau Batam bersempena nama budak kecil itu iaitu Lapangan Terbang Hang Nadim Batam atau pun berkemungkinan nama seorang Laksamana Melaka yang juga bernama Hang Nadim, anak kepada pahlawan hebat melayu, Hang Jebat. Dan lagi, Jalan Khatib diabadikan di sebatang jalan di Singapura kini, begitu juga dengan kampung Khatib, diambil bersempena dengan nama Tun Jana Khatib. Dan di Kampung Gelam dikatakan tempat Tun Jana Khatib dihukum bunuh.

Gambar - Mungkin suasana nyaman begini sama seperti era Singapura dulukala.
 

0/komen