JAKARTA – Seorang warga emas dari Blitar, Jawa Timur menarik perhatian di apabila masih gigih mengayuh beca walaupun berusia 110 tahun demi sesuap nasi.
Menurut Wakid, dia akan keluar mencari pelanggan setiap hari dan hidup sebatang kara selepas kematian isteri.
Mengaku memiliki beberapa orang anak, namun mereka semua tinggal di bandar berbeza dan bekerja di sana.
Beliau tidak mempunyai tempat tinggal, hanya menumpang tidur di rumah ketua kampung.
Setiap hari beliau keluar mencari pelanggan tetapi sejujurnya, jika ada yang mahu naik beca, dia hanya mampu menolaknya kerana tidak kuat untuk mengayuh seperti biasa.
Tambahnya, walaupun sudah lanjut usia, dia masih bersemangat keluar bekerja untuk mencari rezeki.
Catat Ulasan