
Pengunjung berpeluang mendekati singa-singa di Pusat Perlindungan Singa GG dengan duduk di dalam sebuah sangkar penggambaran
CAPE TOWN – Sebuah pusat perlindungan singa menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang ingin mendekati haiwan itu dengan meletakkan mereka di dalam sangkar..
Pusat Perlindungan Singa GG di Harrismith, Afrika Selatan membenarkan pengunjung untuk berdiri di dalam sebuah sangkar penggambaran untuk melihat singa Afrika dari jarak dekat, selamat dan dalam keadaan berperikemanusiaan.
Pusat berkenaan menawarkan pengalaman ini sejak hampir dua tahun lalu dan keselamatan pengunjung dan singa-singa ini merupakan keutamaan mereka.

Sangkar ini akan diperiksa secara berkala bagi memastikan ia mampu menampung berat singa yang melompat ke atasnya
Sangkar ini didermakan kepada mereka oleh seorang jurugambar profesional dari Jerman yang sering berkunjung ke sini. Sangkar itu juga akan diperiksa secara kerap oleh jurutera bagi memastikan ia selamat dan mampu menampung berat singa-singa di situ sekiranya ia melompat ke atasnya, menurut kata pengarah syarikat bukan berasaskan keuntungan itu, Suzanne Scott.
Tambah Scott, pusat itu juga menawarkan keseronokan kepada haiwan tersebut.
Sebagai sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan, yuran kemasukan kecil yang dikenakan kepada pengunjung digunakan untuk memberi makanan dan penjagaan kepada singa-singa di situ.
Beliau menjangkakan sebanyak 17 ekor singa lagi yang akan tiba tahun ini yang sedang diselamatkan daripada sebuah zoo yang ditutup di Asia Barat.
Catat Ulasan