BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita meluangkan masa selama empat tahun untuk menghantar nota ucapan terima kasih kepada anggota polis di Jabatan Polis New York (NYPD).
Coretta James, 49, berkata, dia dalam misi untuk menulis dan memberikan nota tersebut kepada semua anggota polis di New York.
Beliau amat menghormati pasukan unit beruniform seperti tentera, anggota bomba dan polis.
Menurut beliau ,mereka jarang mendapat ucapan terima kasih dan memerlukan galakan dan ramai anggota unit beruniform yang kurang bersemangat dan bersara awal.
James berkata, idea untuk menulis nota itu timbul selepas dia menjadi sukarelawan dengan Jabatan Bomba New York (FDNY) untuk menghantar kad ucapan terima kasih kepada anggotanya yang ditugaskan di Iraq dan Afghanistan.
Dia kemudian mengambil keputusan untuk memberikan kad ucapan terima kasih kepada NYPD.
Sehingga kini, James telah menulis lebih 4,000 kad ucapan dan diberikan kepada anggota dan pegawai polis.
Tambah James ,terdapat 36,000 anggota polis dan masih banyak kad yang perlu beliau tulis.
James yang merupakan seorang pengasuh, menulis kad-kad tersebut pada waktu malam dan pada hujung minggu. Dia juga turut menyediakan kad berbeza untuk setiap jawatan.
Ucapan yang ditulis James pada kad yang diedarkannya.
“Terima kasih di atas perkhidmatan anda di NYPD. Setiap kali anda menyarung pakaian seragam, anda meletakkan diri anda dalam risiko. Kami amat berterima kasih atas perkhidmatan anda"
Menurut bekas Ketua Transit NYPD, Joe Fox yang kini bersahabat baik dengan James, kad yang ditulis wanita itu merupakan satu ekpresi kebaikan yang bersifat peribadi antara seorang individu kepada individu lain.
Bagi James, dia sedar bahawa tindakannya itu mungkin dipandang serong oleh segelintir pihak.
Beliau bersedia untuk untuk dikecam namun ini bukan untuknya, ia adalah untuk anggota polis dan beliau hanya mahu mereka rasa dihargai.
Catat Ulasan