Awas...Scammer Yang Tawar RM300 Jaringan Prihatin


Suruhanjaya Komunikasi da Multimedia Malaysia (SKMM) kini mengeluarkan peringatan supaya orang ramai berhati-hati dengan scam terbaru yang menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan menawarkan wang sebanyak RM300 melalui program Jaringan Prihatin.

Orang ramai yang dihubungi berkenaan, akan diminta untuk memberikan nombor kad pengenalan, nombor kad ATM dan juga tiga digit belakang pada kad ATM.

Orang ramai diminta berhati-hati, dan tidak memberikan informasi peribadi kepada pihak tidak dikenali.

Program Jaringan Prihatin disediakan oleh syarikat telekomunikasi sehingga 30 September 2021 ini, dan anda boleh memohonnya terus kepada syarikat telekomunikasi tanpa perlu melalui sebarang agen.

Sebelum ini, pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin yang menawarkan bantuan RM180 atau RM300 untuk kumpulan B40 hanya  ditawarkan sehingga 31 Julai 2021. Dengan lanjutan tempoh ini, ia akan memberikan lebih masa kepada orang ramai dalam mendaftar dan menikmati faedahnya.

Program Jaringan Prihatin telah diumumkan dalam membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung golongan isi rumah berpendapatan rendah – apatah lagi dengan keperluan pembelajaran dan pekerjaan menggunakan internet sejak setahun dua ini.

0/komen