Bapa kepada dua cahaya mata, Mohd Irsyad Md Afandi mula berjinak-jinak memelihara ikan channa bagi menambah koleksi haiwan peliharaannya di rumah.
Namun, minatnya itu berubah apabila beliau mendapat idea untuk menjadikan ikan channa sebagai salah satu sumber pendapatan.
Beliau pernah memelihara ayam serama, arnab, guinea pig, sugar glider bersama beberapa binatang lain. Tujuannya memelihara haiwan ini semua kerana menjadikan mereka sebagai satu terapi untuk menghilangkan stres.
Kemudian beliau didatangi oleh seorang rakan yang mengatakan koleksi ikan channanya mempunyai kuantiti yang banyak, tetapi tidak berkualiti. Sejak itu beliau mula memikirkan strategi untuk dijadikan secara komersial.
Mohd Irsyad turut mengatakan beliau pernah menjual ikan channa kepada peminat haiwan tersebut sehingga ke Thailand, Vietnam, Hong Kong dan Mexico.
Harga bagi ikan channa yang boleh dijadikan sebagai koleksi mampu mencecah harga puluhan ribu ringgit mengikut tahap kualiti.
Ikan channa jenis barca menjadi antara yang paling popular oleh penggemar haiwan akuatik itu meskipun nilai pasaran berharga RM1,000 bagi satu inci ukuran ikan.
Koleksi ikan channa ini juga dianggap sebagai simbolik kepada tahap sosial individu kerana harganya mampu mencecah puluhan ribu seekor termasuk pemilik atau keepers kebiasaannya akan diberi gelaran 'sultan'. Panggilan itu diberikan kerana mereka ini antara kelompok berkemampuan memiliki ikan yang mahal.
Sementara itu, penjagaan ikan channa juga tidak terlalu rumit memandangkan haiwan tersebut merupakan jenis ikan 'air gulp' iaitu mengambil nafas atau udara yang berada di bahagian permukaan air.
Ikan ini juga dipercayai mampu hidup selama beberapa minggu tanpa makanan
Catat Ulasan