
TOKYO – Seorang lelaki dari bandar Beppu, Jepun diberkas polis kerana didapati mencuri dan menyimpan 730 helai coli dan seluar dalam wanita dari beberapa buah kedai dobi.
Tetsuo Urata, 56, ditahan minggu lepas selepas polis menemui beratus-ratus helai seluar dalam dan coli wanita yang disimpan di pangsapuri didiaminya.
Penemuan tersebut dilakukan selepas seorang pelajar kolej berusia 21 tahun membuat laporan polis dan mendakwa bahawa Urata mencuri enam helai pakaian dalamnya di sebuah kedai dobi pada 24 Ogos lepas.
Hasil intipan, polis berjaya mengekori suspek ke pangsapurinya seminggu selepas laporan dibuat.
Urata mengaku mencuri kesemua pakaian dalam tersebut.Menurut kata seorang jurucakap polis ,mereka tidak pernah merampas seluar dalam sebanyak ini dalam masa beberapa tahun.
Polis bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kedai dobi yang telah menjadi sasaran Urata dan tempoh masa kesemua barangan itu dicuri
Catat Ulasan