Nama saya Adam semestinya bukan nama sebenar. Ketika umur 26 tahun, saya risau sangat sebab semua kawan – kawan dah ke jinjang pelamin dan ibu bapa pun kerap tanya soalan cepu emas.
Saya ada berkenalan dengan beberapa orang wanita tapi dirasakan tidak sesuai. Namun ditakdirkan saya berjumpa dgn sorang wanita dalam tempoh singkat. Dia ada rupa, ada ilmu agama, ada kerjaya yang hebat. Pendek kata ada semua ciri yang saya idamkan dan ciri – ciri yang saya pohon dariNYA.
Dalam masa yang sama dirasakan boleh bercinta selepas kahwin dan selepas istiqarah. Dengan ibubapa yang tak banyak membantah, dalam tempoh kenal sebulan terus tunang, dan selepas 2 bulan terus bernikah. Seminggu lepas kahwin, sudah kuar detik – detik duka.
Rupanya isteriku, aku namakan sebagai A antara wanita hot ketika zaman Universiti. A mengungkit soal kecewa dia dengan semua bekas kekasih, perkara tetap berulang. Setahun pertama kami PJJ, hanya jumpa pada hari Sabtu dan Ahad saja. Masalah terus meIanda, minta cerai boleh kata setiap masa.
Pada masa tu saya fikir mungkin benda biasa, orang kata gaduh – gaduh suami isteri. Jadisaya terima seadanya. Jika ditegur akan dijawab dengan hadis dan dalil. Pernah saya nasihat dia, syurga isteri di bawah tapak kaki suami, tapi dibaIas A bahawa itu bukan hadis sahih, saya yang bukan jurusan agama terus diam je.
Alhamdulillah isteri mengandung selepas 7 bulan kahwin, memang rasa teruja dan saya pilih untuk transfer ke cawangan yang lebih dekat dengan isteri walaupun jarak dekat tu 250km pergi balik setiap hari. Harapan saya selepas ada baby, keluarga saya akan bahagia dan isteri boleh lupakan semua bekas kekasih dia dan laksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Dalam tempoh tu isteri kerap kata – kata tak nak anak macam muka saya sebab saya hitam. Dan pernah saya terbaca whatsapp dia dengan kakak dia bicarakan soal itu. Hati saya sedih tapi Allah je tahu perasaan masa tu. Teruja nak dapat anak, saya belanja sakan untuk pastikan anak sulung saya serba mencukupi, semua rezeki dariNYA Dengan anak seorang pun isteri masih tidak berubah, bila disuruh masak dan urus rumah, ditazkirah yang itu bukan tanggungjawab isteri, isteri hanya layan suami, suami yang kena sediakan semua. Dalam tempoh itu saya terus berulang 250 km setiap hari dan pastikan balik rumah demi isteri dan anak.
Walau penat di rumah saya uruskan semua, sebab dah biasa diajar oleh keluarga untuk urus rumah jadi tak kekok, isteri tetap sama. Selepas 3 tahun kahwin, semua nampak tidak berubah, tanggungjawab semakin banyak, tanggungjawab di rumah, tanggungjawab di tempat kerja. Alhamdullillah gaji saya lagi tinggi dari isteri jadi bolehlah saya uruskan semua, duit rumah, bil, yuran anak, makan, barang dapur, pergi bercuti. Malah baju isteri setiap bulan, minyak kereta dia, bagi duit belanja bulan – bulan pada isteri, semua belanja anak saya yang tanggung.
Hormat pada suami dah makin kurang. Bila dia balik rumah kalau ada kes kaunseIing rumahtangga di pejabat, dia akan ugut dan takutkan saya. ”Kalau abang kahwin lain juga, ceraikan saya.” Luluh hati saya sebab isteri tak percaya pada kejujuran saya, malah samakan saya dengan lelaki lain padahal
saya dah buat macam – macam untuk selamatkan keluarga. Isteri kerap juga kata nak beli tanah, beli rumah kalau – kalau dia kena cerai dengan saya. Pada ketika itu, Allah je tahu betapa luluh hati saya sebab saya tak pernah fikir soal cerai walau dia kerap sangat dah minta cerai.
Benda berterusan, dan banyak kejadian yang mula menampakkan wajah dia sebenar, fitnah, batu api atas penceraian orang lain, psiko, dan kadang – kadang saya terpaksa bawa anak duduk dalam bilik bila dia mengamuk kat luar dengan ugut pisau nak bunuh diri.
Sampai satu tahap saya dah tak mampu nak fikir apa lagi yang saya tak buat untuk famili ini. Orang cakap orang perempuan yang selalu berkorban untuk famili, tapi bagi saya, dah semua benda saya buat. Masa tempoh menyusu saya sanggup ambil cuti ikut dia pergi kursus, siapkan dan urus semua hal rumah selengkapnya.
Saya pergi kerja selepas urus anak dan pastikan isteri pergi kerja dulu sebab dia nak masuk tepat pukuI 8 dan sebab itu saya selalu sampai lewat pukuI 9 pagi ke atas. Jodoh tidak panjang, akhirnya masanya sampai. Saya dengan waras dan selepas bacaan 3 Qul saya melepaskan dia.
3 bulan iddah macam – macam drama dan sandiwara. Lepas habis iddah lagi jelas wajah sebenar dia, report polis, fitnah saya ada janda, fitnah saya kaki pukuI dan panas baran, biasalah bila cerai orang akan kesian kat wanita. Tapi masa tu Allah je tahu tapi saya cekal dengan banyakkan kerja kat pejabat.
Pendaftaran cerai, Hadhanah (saya bagi dia anak dan saya dapat hak bermalam 4 hari sebulan). Nafkah saya beri dan failkan sebab itu hak anak saya namun dia tetap tak puas hati. Fitnah berleluasa, malah umi saya terkena tempias fitnah.
Dah genap 3 tahun bercerai, dia masih tak boleh bertolak ansur soal saya nak ambil anak semasa cuti sekolah, hasut anak dengan pemikiran negatif. Saya muhasabah selepas apa berlaku, saya sedar silap saya gopoh dalam membuat keputusan. 3 tahun saya kahwin, penat dan Allah tarik balik nikmat famili tapi Allah bagi nikmat kerja.
Alhamdulillah di tempat kerja saya diterima dan diiktiraf ketika saya gagal dalam perkahwinan. Pertama ia mengajar saya untuk lebih bijak memilih, bukan bersandar pada rupa, bukan ijazah atau master, bukan dari latar belakang agama, bukan lihat pada kerjaya seseorang tapi budi Bahasa dan penghayatan pada ajaran agama yang penting.
Sehingga hari ini kes mahkamah terus berjalan, langsung tiada tolak ansur dan penuh ego. Sebelum ini saya minta padaNYA, pasangan yang cantik, yang pandai, yang ada ilmu agama, yang bekerjaya tinggi dan Allah tunaikan tapi ia bukan yang terbaik untuk saya.
Sekarang saya minta yang TERBAIK untuk saya dariNYA, dan Allah hadirkan seseorang yang terbaik dan sempurna di hati dan di mata saya. Alhamdulillah, dalam masa sama saya tidak lupakan tanggungjawb sebagai abah pada seorang anak perempuan saya, tunaikan nafkah dan tetap ambik anak mengikut hak masa saya yang diberikan oleh mahkamah.
Semoga Allah sentiasa melapangkan masa saya bila tiba jadual saya Bersama anak saya. Allah uji pada hambaNYA mengikut kemampuan hambanya dan Allah jua telah sediakan ganjaran untuk hambaNYA yang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan.
Kawan – kawan, sabar dan yakin Allah ada bila kita dalam masalah dan yakin. Dia akan membantu hambaNYA yang sabar. Minta yang TERBAIK kerana Allah Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk setiap hambanya.
Adam
Catat Ulasan