Disangka Beruang Betina


JACKSON HOLE, WYOMING –  Seekor beruang jantan  memeluk dan mengucup sebuah patung di belakang rumahnya kerana disangka beruang betina.

Doug Yarrow, 75, berada di kediamannya di Wyoming, Amerika Syarikat apabila dia terlihat seekor beruang hitam yang berjalan-jalan di bahagian kolam rumahnya sebelum memeluk patung beruang yang diletakkan di situ.

Beruang tersebut memeluk dan cuba bermesra dengan patung beruang itu namun dilihat kecewa kerana ia tidak memberikan sebarang reaksi.

Beruang itu kelihatan seperti sedang mencari pasangan baharu. Ia menggeselkan tubuhnya pada patung tersebut.

Selepas melihat aksinya itu, beliau tidak dapat menahan ketawa.

Menurut Yarrow, memandangkan dia tinggal berdekatan dengan Taman Negara Grand Teton, laman belakang rumahnya sering dikunjungi haiwan liar. Justeru, dia memasang kamera penjejak untuk merakam penemuan yang menarik.
 

0/komen