Jual Anak Untuk Tampung Keluarga


Penduduk Afghanistan kini berdepan musuh baharu selepas peperangan tamat iaitu kemiskinan

KABUL, Pakistan – Seorang bapa di Afghanistan mendedahkan bahawa dia terpaksa menjual anak perempuannya yang  berusia empat tahun bagi mendapatkan wang untuk memberi makan kepada anggota keluarga lain akibat kemiskinan.

Mir Nazri yang merupakan bekas anggota  polis memberitahu, dia terpaksa menjual  anak perempuanya, Safia pada harga £420 (RM2,408) kepada seorang pemilik kedai runcit yang tidak mempunyai cahaya mata.

Situasi Mir dilaporkan sebagai perkara normal di Afghanistan sejak kumpulan Taliban mengambil alih pentadbiran negara tersebut.

Beliau  sanggup mati jika itu dapat mengelakkan anaknya daripada dijual kepada orang asing.

Namun, kematiannya akan menjadi sia-sia kerana ia akan membuatkan ahli keluarga lain lebih menderita tanpa penjaga untuk memastikan mereka terus hidup ,jelas beliau.

Tambahnya, pemilik kedai runcit itu berjanji sekiranya dia mampu membayar semula harga jualan Safia, kanak-kanak itu akan dikembalikan kepadanya.

Mungkin masa depan anaknya lebih baik dengan keluarga baharu dan wang yang diterima hasil pajakan Safia boleh menyelamatkan anak-anak yang lain.

Menurut Mir, dia dan keluarga melarikan diri ke Kabul sebelum Taliban menguasai ibu negara Afghanistan dan kini bekerja sebagai pembantu gerai di pasar namun gajinya tidak cukup untuk membayar sewa rumah sekalipun.

Beliau  bersyukur perang sudah berakhir namun penduduk Afghanistan kini berdepan musuh baharu iaitu kemiskinan.
 

0/komen