Jurugambar Rakam Presiden Perancis Pakai Seluar Renang Di Siasat Polis


MACRON bercakap kepada pengunjung semasa menghadiri pesta makanan di Lyon Perancis

PARIS – Polis Perancis sedang menyiasat seorang jurugambar kerana kesalahan melanggar hak privasi berhubung gambar menunjukkan Presiden Emmanuel Macron memakai seluar renang  semasa bercuti di rantau Mediterranean.

Menurut kata pejabat pendakwa raya Paris, siasatan sedang dilakukan selepas mengesahkan laporan mengenainya oleh stesen radio Europe 1.

Gambar itu merupakan antara sejumlah foto paparazi yang dilaporkan mencetuskan kemarahan Macron, 43, selepas disiarkan dalam majalah Voici pada Ogos 2020.

Sesetengah gambar itu menunjukkan Macron bersantai bersama isteri, Brigitte dan anggota keluarga lain di atas sebuah bot sambil memakai seluar renang. Foto itu dirakam ketika Presiden Perancis itu bercuti di istana kota Bregancon, French Riviera.

Sebilangan lagi gambar menunjukkan beliau menunggang jet ski.Pejabat Macron enggan mengulas perkara itu tetapi Europe 1 melaporkan beliau dan Brigitte mengemukakan aduan jenayah kerana melanggar hak privasi mereka.

Jurugambar yang merakam foto tersebut, Thibault Daliphard memberitahu dia  diminta hadir ke sebuah balai polis dekat rumahnya di selatan Perancis .

0/komen