FESTIVAL Labu Barnesville kali ke-57 menyaksikan rekod baharu tercipta dengan kemunculan labu gergasi seberat 2,195 pounds atau pun bersamaan kira-kira 995.6 kilogram (kg).
Labu gergasi itu milik Jeff Theil muncul yang paling berat, mengatasi pencabar di tempat kedua dengan perbezaan berat 100 pounds (45.36kg).
Rekod itu baharu ini mengatasi catatan lama, 2,150 pounds (975.2kg) ketika festival sama pada 2017.
Theil berkata, di sebalik kemenangan itu, dia masih ‘berhutang’ dengan rakannya yang sudah pun meninggal dunia.
“Saya dapat benih ini daripada seseorang yang meninggal dunia akibat kanser.
“Saya menghantar email kepada isterinya semasa labu berkenaan berusia 50 hari dan saya menjelaskan keadaan labu itu,” katanya
Catat Ulasan