
DUBLIN, Ireland – Seorang pekerja sebuah bar di Dublin tergamam apabila bekas majikannya sengaja membayar gaji terakhirnya menggunakan duit syiling.
Lelaki tersebut, Rian Keogh disuruh mengambil gaji terakhirnya selepas pengurus Alfie Bar mahu membayarnya secara tunai.
Namun begitu, Keogh tidak menyangka bahawa bayaran tunai itu dibuat menggunakan duit syiling dalam sebuah karung seberat 30 kilogram (kg).
Jika ada yang mahu tahu pengalaman beliau sepanjang bekerja di Alfie Bar, ini adalah salah satunya apabila dibayar menggunakan wang syiling dalam karung.
Menurut beliau semua wang syiling ini bernilai 5 sen, jadi bayangkan berapa banyak yang perlu dia tukarkan menjadi wang kertas.
Pelbagai reaksi orang ramai yang menyuruh Keogh melaporkan perbuatan tersebut kepada jabatan buruh.
Ini adalah satu bentuk pembulian,beliau perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa kerana diperlakukan sebegini teruk.
Catat Ulasan