Oppo F19s telah dilancarkan di India dan ia adalah sebuah lagi peranti kelas pertengahan yang menggunakan cip Snapdragon 662 yang sudah agak berusia. Ini ialah cip yang sama seperti Oppo F19 yang dilancarkan pada April yang lalu. Ia kini menyokong sistem RAM tambahan sehingga 5GB sekiranya diperlukan.
Spesifikasi lain masih lagi sama iaitu skrin AMOLED 6.43-inci FHD+ dengan kadar segar semula hanya 60Hz, Snapdragon 662, memori 6GB RAM (LPDDR4X) yang boleh ditambah menjadi 11GB, storan dalaman 128GB (UFS 2.1), dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Kamera utama pula menggabungkan sensor 48-Megapixel sudut lebar, 2-Megapixel untuk sensor kedalaman dan 2-Megapixel untuk sensor makro. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.0, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di bawah skrin.
Oppo F19s dijual pada ₹20,000 (~RM1133) yang lebih mahal berbanding F19 walaupun seperti kami katakan adalah peranti yang sama cuma dengan penambahan RAM menerusi perisian baharu.
Catat Ulasan